ADEGAN KLINIK DIALISIS

January 4, 2020by admin

ADEGAN KLINIK DIALISIS

“Saya jaga air saya Doktor, saya tak banyak minum”.

Ungkapan yang biasa saya dengar.

…..sambil saya jeling tengok buku Dialisis: naik berat antara Dialisis (interdialytic weight gain) sangat banyak. Sepatutnya naik hanya lebih kurang 3% daripada berat. Maksudnya kalau balik Dialisis 70kg; tak boleh naik lebih daripada 2.1kg iaitu 72.1kg sebelum masuk Dialisis dua hari lagi. Ya lah, pesakit Dialisis kurang air kencing kan. Jadi kena kawallah makan minum.

….sambil saya jeling XRay paru-paru yang menampakkan saiz jantung yang besar (arrow oren itu adalah jantung dan ianya sepatutnya < 50% daripada arrow biru).

Jawapan saya: ya lah. Tak apalah.

Antara tips nak jaga jangan naik berat yang banyak antara Dialisis:

1. Elakkan garam dan segala bagai makanan masin. Ini termasuk garam yang tersembunyi seperti makanan proses (dalam tin, bebola dll).

2. Ingat makanan jadi air juga. Nasi roti bagai pun jadi air. Tolong ingat jaga portion. Suku pinggan cukup.

3. Nak makan lauk, lauk kering. Yang berkuah jangan.

4. Minum air panas saja. Elakkan kiub ais (nak kulum konon). Air sejuk dan ais tak usah sentuh; nanti sedap je minum tak perasan.

Mohon jangan ikut sedap mulut ya. Kecuali anda nak masalah jantung. Saya tahu ianya susah, tapi saya percaya anda boleh melakukannya.

Terima kasih.

Rafidah Abdullah.

admin