ANEMIA ….kurang darah merah beban kepada jantung!????????
Kerap dapat soalan apa pemakanan untuk tambah darah….perlu makan hati/limpa dan kerang banyak ke doktor?
Masalah darah merah kurang (anemia) amatlah biasa…terutamanya JIKA anda:-
# mengandung
# ada penyakit buah pinggang kronik atau dialisis
# ada penyakit kanser
# ada penyakit kanser darah seperti leukemia, limfoma
# ada penyakit darah seperti thalasemia dan sebagainya
Telah terbukti bahawa jika darah merah (hemoglobin) kurang dari 10gm/dl…risiko dapat sakit jantung adalah tinggi.
Yang penting…perlu jumpa doktor dan siasat punca ANEMIA. Tak perlu lah makan kerang banyak-banyak ????????.
Jika punca anemia sebab mengandung atau ada penyakit kronik….boleh lah ambil vitamin (zat besi/iron, b.complex, folic acid & vitamin C atau iberet folate). Maybe boleh elak masuk darah jika ambil vitamin ini.(**mungkin ada orang boleh sembelit atau najis tukar warna…sila rujuk doktor).
Untuk pesakit dialisis….JANGAN lah abaikan tidak ambil suntikan eritropoetin ya. Ini PENTING!!
**saya dulu pun anemia tapi sekarang dah okay ????
Dr Lily Mushahar