Fakta atau Mitos

January 7, 2021by admin

Tak boleh makan masa HD??
Fakta atau Mitos

Semenjak kes covid naik macam cendawan tumbuh selepas hujan ni, banyak pusat dialisis membuat peraturan utk tidak membenarkan mkn semasa dialisis.
Wahai pesakit sekalian… inilah yang sebaiknya! Bukan sahaja sbb buka mask masa makan.. tetapi banyak yg tidak baiknya kalau makan semasa dialisis.
Antara sbbnya, saya senaraikan dibawah ini:

1. Risiko pesakit dialisis utk dapat covid adalah 4x ganda dari org biasa. Jadi walaupun jarak 2m dan pakai mask, risiko itu tetap tinggi. Bila makan, kita x buka 15 min.. kita akan buka lama lagi.. kot2 lah masa tu ada pesakit/ staf yg ada covid… terbatuk pulak masa kita menjamu selera.. tak ke kita akan terkena!😪 Memanglah nasib.. tapikan perlu juga ada usaha! Maka pakailah mask sentiasa utk kebaikan anda juga!

2. Bila makan masa dialisis, ia akan mengganggu berat dialisis anda. Oleh itu ada kemungkinan anda akan terlebih air dlm badan yg juga meningkatkan lg risiko covid bila air masuk dlm peparu anda. Bila kena covid dan susah bernafas, risiko utk perlukan alat bantuan pernafasan amat tinggi di kalangan pesakit dialisis. Dan lagi malang, peratusan mereka utk hidup jika memerlukan bantuan pernafasan sgt rendah! 😭😭 kalau meninggal sbb covid, isteri dan anak2 pun x boleh tgk jasad kita.. lg sedih!!

3. Masa makan, darah perlu disalurkan ke perut utk mencerna makanan… oleh itu akan ada risiko tekanan darah rendah, cramp dan sebagainya. bila ini berlaku, kena tambah air lagi dlm badan.. dan akhirnya ganggu lg berat badan kerana lebihan air!! Maka risiko meningkat lg!

Tak mungkin hypo kalau buat dialisis kalau sudah biasa. Kalau perlu sgt makan.. memadai dgn sekeping roti bakar atau dua keping biskut buat mengalas perut. Makanlah berpada-pada selepas waktu dialisis anda. Saya pasti anda akan rasa lebih sihat dgn cara ini.

Kami sayang anda.. kerana itu kami nasihatkan semua ini. tidak kami dengki, atau kami iri hati… sesungguhnya kami sedih dengan nasib yg menimpa mereka yg tidak sayangkan diri sendiri…

#lawancovidsamasama
#sayasayangpesakitsaya

Dr fadh

 

admin