SOALAN KERAP DI TANYA….TENTANG FOSFAT

February 14, 2021by admin

Bacaan FOSFAT dalam darah penting dan perlu di kawal ya. Bacaan tidak boleh lebih dari 1.7 mmol /l.

Kenapa penting kawal garam fosfat bila ada penyakit buah pinggang kronik? Kesan fosfat tinggi memudaratkan sebab:

1. Nanti tulang reput, kerap sakit tulang & mudah patah

2. Semakin lama ketinggian menjadi semakin pendek

3. Kulit selalu gatal-gatal

4. Mudah dapat serangan sakit jantung & strok sebab calcium bergabung dengan fosfat yang tinggi di dalam darah. Ia kemudian akan melekat pada dinding salur darah & keras (calcification).

**Jangan lupa, UBAT “CALCIUM CARBONATE” tidak boleh tinggal sebab ia pengikat garam fosfat yang ada didalam segala pemakanan kita. Makan dengan cara yang betul, setiap kali kita makan (bukan hanya dengan nasi sahaja ya….)

Hijau- OK
Oren- Jaga-jaga
Merah- Bahaya

https://www.msn.org.my/…/Doc/PublicDoc_PB/CompleteSet_BM.pdf

https://www.msn.org.my/…/Doc/PublicDoc_PB/CompleteSet_EN.pdf

 

admin