Hari Buah Pinggang Sedunia ; Bertemakan “Hidup Sejahtera dengan Penyakit Buah Pinggang”

March 9, 2021by admin

Hari Buah Pinggang Sedunia yang disambut pada setiap hari Khamis minggu kedua bulan Mac, amat penting dalam meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung penyakit buah pinggang.

Bertemakan “Hidup Sejahtera dengan Penyakit Buah Pinggang” atau “Living Well with Kidney Disease” pada tahun 2021, sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia akan bermula esok (11 Mac 2021) dengan Hospital Kuala Lumpur (HKL) menyediakan pelbagai acara yang akan dilakukan secara Virtual melalui laman FB Department of Nephrology Hospital Kuala Lumpur

Di samping itu, jangan lupa temujanji kita pada Sabtu (13 Mac 2021) ini untuk sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Kebangsaan melalui FB Live MYBuahPinggang

Terdapat pelbagai perkongsian ilmu dari Pakar Buah Pinggang dan juga Pesakit serta hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi.

HARI BUAH PINGGANG SEDUNIA 2021
HIDUP SEJAHTERA DENGAN PENYAKIT BUAH PINGGANG

WORLD KIDNEY DAY 2021
LIVING WELL WITH KIDNEY DISEASE

Lawati www.mybuahpinggang.com untuk informasi lanjut mengenai buah pinggang anda.

admin