TESTIMONI PRODUK KESIHATAN SELIDIK DULU, JANGAN MUDAH TERPEDAYA

October 1, 2021by admin
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2021/10/243027418_1045645712911705_6281216911131047489_n.jpg
Pesakit kerap tanya kami tentang produk …siap ada testimoni lagi. Nasib baik pesakit pandai dan tanya doktor sebelum nak cuba.
Masih ada penjual produk cuba pancing pesakit kronik khasnya pesakit buah-pinggang dengan testimoni mengelirukan. Katanya dalam testimoni, dia makan produk dan buah-pinggang boleh baik dan henti dialisis.
Kalau hanya percaya testimoni tanpa selidik, boleh memudaratkan. Kena faham sebelum terjebak ya…Meh saya terangkan.
Penyakit buah-pinggang ni 2 jenis iaitu akut (acute) dan kronik (chronic). Penyakit buah-pinggang kronik yang sudah dialisis, tidak boleh henti dialisis kecuali jalani transplan buah-pinggang.
Penyakit buah-pinggang akut, ia mungkin disebabkan jangkitan virus atau kuman, penyakit imun, batu-karang tersumbat atau guna ubat/produk yang kacau buah-pinggang. Mudah kata saya biasa cakap buah-pinggang tidur sekejap dan ada harapan untuk sembuh.
Penyakit buah-pinggang akut:
• Proses kerosakan berlaku mendadak (kurang dari 3 bulan)
• Jika buat ujian ultrasound : saiz buah pinggang masih elok dan normal. Jika ada batu-karang atau nanah, boleh dikesan.
• Jika ambil tisu biopsi buah-pinggang, masih ada tisu normal dan boleh diselamatkan
Jika pesakit perlu dialisis pada peringkat awal, dialisis mungkin boleh dikurangkan/ dihentikan oleh doktor jika keadaan semakin sembuh. Saya banyak rawat kes begini termasuk kes covid ganggu buah-pinggang, jadi tidak pelik …ia ada harapan untuk baik jika rawat awal.
So testimoni buah-pinggang sembuh dan boleh henti dialisis tu bukan sebab makan produk yang diwar-warkan ya. Mereka (jika sahih ada penyakit) kemungkinan besar alami penyakit buah-pinggang akut..sekiannn.

admin