Kongsi Mengenai Ubat ‘Immunosuppressant’

October 15, 2021by admin
Perkongsian dari admin (seorang penerima buah pinggang) tentang ubat ‘Immunosuppressant’ atau ubat mengurangkan anti-bodi bagi mengurangkan risiko penolakan atau ‘rejection’ pada organ yang didermakan.
Renal Replacement Therapy (RRT) atau Transplan merupakan rawatan terbaik dalam penyakit kegagalan buah pinggang.
Apabila seorang pesakit sudah menjalani Transplan, kualiti hidup akan menjadi lebih baik. Kita akan mempunyai kebebasan dari rawatan Dialisis dan Masa yang boleh kita gunakan sebaik mungkin.
Penerima (Recipient) perlu sentiasa berdisiplin dalam mematuhi rutin ubat-ubatan untuk mengurangkan risiko komplikasi seperti ‘rejection’
Pesakit yang dahulunya mempunyai kesukaran untuk bekerja kini sudah boleh bekerja seperti orang lain kerana selepas Transplan, kita akan menjadi seperti orang normal.
Saya harap semua penerima dan PENDERMA dapat berkongsi pengalaman masing-masing untuk sama-sama kita sebarkan maklumat yang diperlukan oleh pesakit dan ahli keluarga yang ingin menderma.
Tidak lupa juga, berikrarlah sebagai PENDERMA ORGAN untuk membantu orang yang sangat memerlukan.
-Shazwali-
https://www.facebook.com/MYBuahPinggang/videos/785295162041415

admin