Ramadhan Al-Kareem!

April 4, 2022by admin
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2022/06/277573631_1163429064466702_8430668613208947332_n.jpg
Ramadhan Al-Kareem!
Bagi pesakit buah pinggang kronik adalah amat penting untuk mengamalkan diet rendah potassium kerana kandungan potassium yang tinggi akan menyebabkan pesakit mengalami masalah berikut:
# Melemahkan otot jantung
# Denyutan jantung tidak normal
# Menghentikan denyutan jantung
Dalam bulan Ramadhan, buah kurma merupakan juadah berbuka puasa bagi umat islam. Tahukan anda kurma mengandungi potassium yang tinggi. Bagi pesakit buah-pinggang kronik, anda dinasihatkan ambil 1-2 ulas buah kurma sehari sahaja.
Makanan lain yang tinggi potassium adalah seperti sayur hijau, kekacang, buah-buahan (pisang, durian,anggur) dan ubi. Sila kurangkan makanan ini untuk mengelakkan paras potassium tinggi di dalam darah.

admin