Mengapakah kita memilih untuk menderma organ?

June 29, 2022by admin
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2022/08/288026821_1214078236068451_3684397553802633075_n.jpg
Bab mengenai pendermaan organ masih adalah tajuk pantang larang di kalangan penduduk di Malaysia.

Mengapakah kita memilih untuk menderma organ? Pendermaan organ adalah satu amalan kemanusiaan yang mulia. Apabila kita meninggal dunia, organ-organ kita yang masih dalam keadaan baik boleh menyelamatkan orang lain. Kaedah transplantasi adalah pemindahan organ yang mengalami kegagalan fungsinya dengan organ yang berfungsi dengan lebih memuaskan. Nyawa penerima organ itu akan terselamat dan kehidupannya akan menjadi lebih selesa.

Dari sudut agama, adakah pendermaan organ menerima bantahan? Kebanyakan agama di seluruh dunia mengiktiraf pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia.
Jikalau anda adalah salah seorang yang faham tentang kebaikan menderma organ and tidak ingin membebankan keluarga untuk membuat keputusan menderma organ anda setelah anda telah meninggal, anda boleh memilih untuk membuat pengakuan persetujuan menderma organ semasa hayat anda.

Untuk mendapat maklumat lanjut dan berikrar menjadi penderma, sila layari dan dapatkan borang di www.mybuahpinggang.com dan emel kepada ntrc@moh.gov.my, atau klik pada pautan https://bit.ly/ikrardermaorgan

admin