Tahukah anda bahawa bacaan eGFR (estimated glomerular filtration rate)

July 14, 2022by admin
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2022/08/292941298_1228986601244281_3092357620873694242_n.jpg
Tahukah anda bahawa bacaan eGFR (estimated glomerular filtration rate) yang normal adalah pada takat 90mls/min?
Hah! Kalau anda mempunyai bacaan yang lebih rendah dari ini, anda mungkin seorang pesakit buah pinggang yang kronik.
Pesakit buah pinggang kronik mempunyai bacaan eGFR kurang dari 60 mls/min.
Tapi bagaimana pula eGFR ni disukat? Ini dikira berdasarkan umur dan bacaan ujian darah kreatinine anda.
Selain itu, penyakit buah pinggang kronik juga boleh dikesan melalui ujian air kencing yang menunjukkan kebocoran protin atau darah atau jika struktur buah pinggang anda
tidak normal dengan ujian ultrasound.

Mungkin sekarang anda selamat tidak menghidapi penyakit ini, tetapi ini tidak menjadikan anda golongan yang tidak berisiko.

Oleh itu, jagalah kesihatan buah pinggang anda. Amalkan lah gaya hidup sihat dan ikuti #MyBuahPinggang untuk informasi berkenaan kesihatan buah pinggang yang terkini!

admin