INSPIRASI

August 25, 2022by admin
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2022/09/11.jpg
Ini Mr Chee See Soon, seorang individu yang lakukan rawatan Peritoneal Dialisis (PD) sejak tahun 2009(13 tahun) di bawah jagaan Hospital Kuala Lumpur.
Beliau seorang pelakon teater dan pengurus creative solution. Masih aktif dan berfikir positif walaupun perlu lakukan rawatan PD 4 kali setiap hari (ambil masa lebih kurang 20-30 minit setiap rawatan).
Baru-baru ini beliau dijemput oleh kongres antarabangsa “International Society of Peritoneal Dialysis’ sebagai penceramah jemputan di Singapura.
Ceramah Mr Chee sharing pengalaman beliau sebagai pesakit PD bukan sahaja memberi inspirasi kepada pesakit buah pinggang kronik tetapi juga pakar nefrologi dari luar negara. Beliau bagitahu dia telahpun menerima beberapa jemputan dari pakar luar negara untuk memberi ceramah inspirasi beliau. Syabas Mr Chee!
Mungkin ramai lagi di sini boleh beri inspirasi di peringkat dalam dan luar negara! 😊
*post ini telah mendapat kebenaran Mr Chee SS.
Pakar Nefrologi

admin