#HidupSihat

November 7, 2022by admin
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2022/12/313434448_1312919052851035_9065503587085224183_n.jpg
Apabila pesakit menghidap penyakit buah pinggang kronik, hidup mereka akan berubah. Rutin baru kehidupan mereka akan dipenuhi dengan rawatan dialisis, ujian darah, temujanji hospital dan banyak lagi. Mereka akan rasa terbeban dan mungkin akan mengalami kemurungan dengan perubahan mendadak ini.
Sesungguhnya, meneruskan kehidupan dengan penyakit yang serius ini adalah satu cabaran yang meletihkan dan menyedihkan.
Jadi sokonglah mereka lebih-lebih lagi sekiranya mereka adalah keluarga anda! Bukan sahaja sokongan emosi, malah segala jenis sokongan yang anda boleh beri.
❤️ Menemani mereka semasa mereka menjalani rawatan
❤️ Melakukan aktiviti yang menggembirakan bersama-sama
❤️ Mendengar keluhan mereka dan memberi semangat supaya mereka tidak rasa keseorangan dan menjadi murung!
❤️ Fahami cabaran dan dugaan menghadapi penyakit buah pinggang!
❤️ Jangan biarkan mereka bersendirian semasa temujanji, ambil berat tentang ubatan mereka
Sebagaimana mereka telah bersama kita sejak kecil, hargailah mereka selagi mereka masih ada di di dunia ini.

admin