Dialisis Air, Dialisis Tanpa Jarum? Maksudnya?

March 4, 2023by admin
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2023/03/331738378_1460763004751715_8307123739579802546_n-1280x1841.jpg
Dialisis Air, Dialisis Tanpa Jarum? Maksudnya?
Mari saya terangkan. Kalau nak tahu, nama lain dialisis air ini adalah Peritoneal Dialisis (PD). Biasanya bila buah pinggang rosak sudah sampai tahap 5, doktor akan sarankan lakukan rawatan dialisis. Ada pilihan dialisis air atau darah. Apa maksud rawatan PD?
# Dialisis yang dilakukan di rumah. Tak perlu berulang ke hospital atau tempat rawatan. Perlu ada ruang rawatan di rumah (hanya perlu meja, kerusi, tiang drip stand untuk gantung bag, penimbang beg air, penimbang badan dan set BP tekanan darah). Bilik aircond tidak wajib.
# Rawatan dilakukan 3-4 kali sehari. Setiap rawatan ambil 20-30 minit sahaja
# Perlu jalani pembedahan kecil untuk masukkan tiub ke dalam rongga perut. Tiub ini kekal. Pembedahan ini biasanya hanya 30 minit sahaja.
# Selepas 2 minggu pembedahan, sudah boleh belajar lakukan rawatan PD ini
Soalan biasa pesakit akan tanya:
# Boleh tak pergi jalan- jalan bercuti ?
Boleh…ada pesakit yang pergi bercuti luar negara, pergi umrah
# Boleh bersenam?
Boleh…setakat yang anda mampu buat
# Boleh berpuasa?
Boleh..jika anda mampu dan tidak memudaratkan
Kami, pakar buah pinggang galakkan rawatan dialisis air atau PD sebab tidak ganggu jantung, tidak rasa sakit ketika lakukan rawatan, jimat masa dan duit sebab tidak perlu berulang ke pusat rawatan.
Pakar Buah Pinggang

admin