CODE: LIFE

CODE: LIFE

(COMMUNITY ORGAN DONATION DRIVE: LIFE)

(COMMUNITY ORGAN DONATION DRIVE: LIFE)

ANJURAN YAYASAN BUAH PINGGANG KEBANGSAAN MALAYSIA
Program CODE: Life adalah program inisiatif anjuran NKF (National Kidney Foundation) Malaysia dengan kerjasama Pakar Nefrologi untuk membantu pesakit dan orang awam terutamanya ahli keluarga pesakit memahami tentang konsep transplan atau pemindahan buah pinggang dan juga tentang kepentingan pendermaan organ sebagai penyambung kehidupan.

Kebanyakan masyarakat di Malaysia mempunyai persepsi yang agak negatif tentang pendermaan organ. Ramai yang takut untuk menderma, tidak kurang juga ada yang takut untuk menerima. Oleh itu, program ini cuba memberi pencerahan kepada mereka yang ingin menderma dan kepada pesakit untuk lebih memahami dengan lebih lanjut tentang proses pemindahan buah pinggang.

Program CODE: Life telah dilancarkan pada November 2018 dan telah  mendapat sambutan yang menggalakkan dari pesakit dan ahli keluarga yang ingin mendapat pengetahuan lanjut tentang pendermaan organ ini.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi forum tersebut termasuk ceramah kesihatan mengenai pemindahan buah pinggang oleh pakar nefrologi, serta sesi perkongsian daripada penderma dan penerima buah pinggang. Acara tersebut berakhir dengan sesi interaktif diantara peserta dan pakar nefrologi.

Program ini akan diadakan dari semasa ke semasa. Sila layari laman web National Kidney Foundation (NKF) untuk program CODE:Life seterusnya.

HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
Jumlah Pelawat Jumlah Pelawat
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_left-01-scaled.jpg
HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_phone-scaled.jpg