Dr Hirman Ismail adalah seorang doktor perubatan berkelulusan sarjana dalam bidang kesihatan awam dari University of Nottingham UK dan PhD dalam bidang kesihatan awam dari Fakulti Perubatan, Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Fokus kajian PhD beliau adalah ekonomi kesihatan khususnya penyakit kegagalan buah pinggang, rawatan dialisis dan transplan. Beliau mempunyai minat tersendiri di dalam memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pendermaan organ, kesihatan buah pinggang dan bergiat melalui Persatuan Transplan Malaysia dan Persatuan Tweet Perubatan Malaysia. Dr Hirman merupakan Pakar Perubatan Kesihatan Awam di Kementerian Kesihatan Malaysia dan Ketua Unit Perkhidmatan Pengurusan Hospital, Bahagian Perkembangan Perubatan.