https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/09/test1-640x628.png

Mohamed Esa Ahmad, 41

Selama 16 tahun berada di dalam senarai menunggu, beliau tidak pernah terfikir akan menerima buah pinggang kerana sudah terbiasa dengan rutin berulang alik ke hospital.
Harapan penerima

Selama 16 tahun berada di dalam senarai menunggu, Mohamed Esa Ahmad, 41, tidak pernah terfikirakan menerima buahpinggang baharu kerana sudah terbiasa dengan rutin berulang alik ke hospital.

Tahun lalu, beliau menerima khabar gembira bahawa ada penderma buah pinggang untuknya yang membuatkan jantungnya berdebar apabila membayangkan kehidupan baharu yang bakal dilalui sebagai seorang yang ‘bebas’ daripada penyakit itu

SELEPAS menerima buahpinggang baharu, Mohamed Esa mengakui membuang air kecil adalah satu kenikmatan yang sekian lama tidak dirasainya sejak mengalami kegagalan buah pinggang. – FotoOwee Ah Chun

Bagaimanapun, disebabkan masalah teknikal, pembedahan tidak dapat dijalankan walaupun kali kedua beliau sudah masuk kebilik pembedahan.

“Kali ketiga, khabar yang sama diberikan pada Jun tahun 2015 tetapi kali ini saya tidak meletakkan harapan sangat tetapi saya bersyukur akhirnya impian untuk hidup normal menjadi kenyataan.

“Saya tidak tahu siapa penderma buah pinggang tetapi ada dimaklumkan ia daripada seorang lelaki berbangsa Cina dari Negeri Sembilan,” katanya yang kini rasa lebih sihat walaupun awalnya agak janggal kerana tidak lagi perlu bergegas ke hospital seperti selalu.

Bapa kepada tiga anak berusia 10 sehingga 15 tahun itu berkata, beliau bersyukur kerana berpeluang menjalani kehidupan kali kedua dan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada keluarga pendermanya.

Sumber asal: Berita Harian online (5 November 2016)

Kerjasama daripada pelbagai agensi

“Ini adalah hasil peningkatan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menderma organ berbanding sedekad lalu yang mana tahap kesedaran masih rendah,” katanya yang sentiasa bersedia 24 jam tanpa mengira waktu untuk mengambil organ di seluruh negara.

Apabila keluarga bersetuju menderma, pihak hospital akan memaklumkan kepada pasukan PSTK untuk mengambilnya secepat mungkin dengan menggunakan pengangkutan udara. Prosedur ini dilakukan dengan kerjasama agensi kerajaan seperti bomba, tentera udara atau penerbangan komersial dan pengangkutan darat.

Bukan mudah untuk mereka berdepan dengan keluarga yang sedang bersedih dan mengambil organ orang yang mereka sayangi.

Semuanya ini dilakukan dengan penuh hormat termasuk memastikan jenazah berada dalam keadaan baik selepas dibedah.

Maklumbalas keluarga penderma

Arumugam Subramaniam, 54, sudah berikrar untuk mendermakan organ lebih 10 tahun lalu tetapi takdir menentukan beliau terlebih dahulu menguruskan pendermaan organ milik adiknya Nirmala, 38, yang disahkan mengalami kematian otak selepas terjatuh di tempat kerjanya di Kedah.

Baginya lebih baik organ adiknya didermakan kepada orang yang lebih memerlukan bagi membolehkan mereka menikmati peluang ‘hidup’ kali kedua.

“Naluri saya kuat mendorong supaya saya mendermakan organ adik dan terus menyatakan hasrat kepada pihak hospital di Kulim.

HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
Jumlah Pelawat Jumlah Pelawat
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_left-01-scaled.jpg
HUBUNGI KAMIMYBuahPinggang.com
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2020/10/disclaimerembed_phone-scaled.jpg