PRODUK AJAIB? WASPADA

July 8, 2019by admin

Produk Ajaib atau Produk Sampah: Waspada.

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua warga MYBuahPinggang. Diharapkan semua pada pagi ini dalam keadaan sejahtera dan bersemangat untuk memulakan hari. Pagi ini admin cuma nak ingatkan tentang penggunaan produk-produk seperti ubatan, makanan tambahan dan sebagainya perlulah mendapat nasihat atau dirujuk kepada Doktor yang bertauliah terlebih dahulu. Dikhuatiri penggunaan tanpa nasihat Doktor akan membawa kepada kesan yang lebih buruk kepada kesihatan.

Menulis tentang produk-produk penyembuhan ajaib ini, admin ada pengalaman tersendiri untuk dikongsikan buat pengajaran bersama. Semasa awal admin mengalami kegagalan buah pinggang iaitu selepas 2-3bulan pulih dan stabil admin mula berfikir dan bertanyakan kepada orang sekeliling samada terdapat produk atau rawatan bagi menyembuhkan sakit buah pinggang ini. Banyak jawapan dan saranan admin terima terutama dari sumber internet. Pelbagai rpoduk dan rawatan, baik dari kaedah tradisional sampai la moden yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Biasalah bila dah dalam keadaan terdesak, emosi akan jadi tidak stabil dan tidak rasional. Bukan admin tak tahu semua produk tu adalah sampah tapi harapan yang diberikan sangat memberangsangkan. Akhirnya admin terjebak dengan membeli sebuah produk yang dikatakan menggunakan bahan semulajadi dan mampu memberikan kesembuhan kepada sakit buah pinggang dengan cara menghidupkan sel-sel yang telah mati (Hebat bukan bunyinya). Admin tanpa memikirkan masa depan pun telah membeli produk tersebut iaitu harga asal sekitar RM500++ tetapi selepas diskaun dapatlah sekitar RM400++. Dikatakan sebotol produk ini mampu bertahan selama sebulan tetapi admin guna tak sampai 3 minggu dah nak habis. Kesannya, tiada apa pun yang berlaku. Bila admin maklumkan kepada penjual, disuruhnya admin beli lagi. Kali ni diberi pada harga istimewa lebih kurang beli 3 percuma 1 begitu la bunyinya. Pada masa ni, admin bertindak rasional denagn menolak tawaran tersebut.

Nak dijadikan cerita, admin dalam satu pertemuan dengan doktor buah pinggang telah tercerita tentang perkara ini. Biasa la dalam pertemuan Doktor akan tanya samada ada mengambil sebarang ubatan selain dari hospital. Admin dengan jujur pergi la cerita. Satu je Doktor pesan pada admin yang kekal ingat sampai sekarang. Lebih kurang begini ayatnya “Reduan, u sendiri boleh fikir, kalau betul boleh sembuh guna produk tu..dah lama dia kaya dan terkenal seluruh dunia”. Tersentak dengan ayat Doktor. Admin mula terasa bodoh dan menyesal. Bayangkan rm400++ macam-macam boleh beli. Guna duit biasiswa pulak tu.

Pengajarannya disini, admin nasihatkan jangan mudah terpengaruh dan percaya kepada produk-produk yang dikatakan mampu memberikan penyembuhan. Tolong dapat nasihat dari pakar buah pinggang berkaitan penggunaan apa-apa produk. Takut nanti bukan sahaja tiada kesembuhan malah mendatangkan masalah lain.

*Gambar hiasan sahaja

-Admin MrRed-

admin