PENYAKIT BUAH-PINGGANG TIDAK MENGENAL USIA
Ia boleh berlaku kepada seawal usia bayi sehingga golongan tua. Sila bawa anak anda berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan jika anda lihat anak anda :
– bengkak atau sembab dikeliling mata atau muka
– kaki bengkak
– kerap letih dan tidak bermaya
– pucat
– tumbesaran anak tidak normal seperti kanak-kanak lain
Video ini meninjukkan seorang pesakit buah-pinggang yang amat muda tetapi masih boleh aktif walaupun melakukan rawatan dialisis. Kebiasaannya rawatan dialisis untuk kanak-kanak adalah rawatan CAPD atau Automated Peritoneal Dialysis (APD) sebab tidak menggunakan jarum dan tidak menyakitkan.