CRBSI atau ESI ?

July 11, 2019by admin

KISAH 1 :

Salam dan Selamat Pagi Semua. Pada 11 -12 Julai 2019, Kongres APSDA(4th Congress of Asian Pacific Society of Dialysis Access 2019) sedang dijalankan di Kuala Lumpur. Sempena kongres ini , saya akan berkongsi sedikit ilmu mengenai rawatan hemodialisis menggunakan kateter hemodialisis.

Penggunaan kateter hemodialisis amatlah berleluasa di Malaysia.

Sering kali ianya dipanggil IJC atau permcath. Sebenarnya kalau ikut penggunaan nama yang betul ( seperti di gambar)
A : Cuffed catheter aka permcath ;
B : Non Cuffed Catheter/ temporary Hd catheter aka IJC.

Penggunaan kateter ini berleluasa adalah kerana ramai pesakit ESRD ( pesakit buah pinggang tahap 5 yang memerlukan rawatan dialisis) yang tidak membuat persediaan awal untuk pembedahan AVF (Fistula) ataupun pesakit ESRD yang tidak mempunyai urat darah yang sesuai untuk pembedahan AVF tetapi tidak mahu melakukan rawatan CAPD ( Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis).

Dengan itu, sekiranya pesakit ESRD telah mempunyai tanda2 untuk memulakan rawatan dialisis dan tidak mempunyai fistula atau tiub untuk CAPD, doktor terpaksa meletak kateter dialisis secara kecemasan untuk memulakan rawatan dialisis.

Jadi, apakah MASALAH yang boleh timbul dengan menggunakan kateter hemodialisis ini?

Yang pertama adalah jangkitan kuman atau nama lainnya adalah CRBSI ( Catheter Related Blood Stream Infection). Ianya boleh berlaku pada kedua2 jenis kateter dialisis. Kadang2 setakat kemerahan di tempat masuk kateter yang mana kita panggil “Exit Site Infection(ESI)” tapi bila serius ianya boleh merebak masuk ke dalam darah dan dipanggil CRBSI.

Apakah tanda2 CRBSI atau ESI ?
1. ESI – kemerahan dan sedikit nanah di tempat masuk kateter dialisis. Sekiranya dibiarkan boleh mendapat demam dan melarat ke tahap CRBSI.
2. CRBSI – Jangkitan telah merebak ke dalam sistem darah. Simptom yang selalu dialami adalah demam, rasa menggigil semasa atau selepas dialisis dan tekanan darah menjadi rendah sekiranya terlalu serius.

Bagaiman pesakit ESRD boleh mengelakkan dari terkena jangkitan kuman CRBSI?

1. Persediaan awal. Sekiranya dinasihatkan oleh pakar buah pinggang untuk membuat persediaan untuk rawatan dialisis, bersedialah. Samada melakukan pembedahan fistula awal atau melakukan rawatan CAPD sekiranya urat darah tidak sesuai utk fistula. Namun ada golongan pesakit yang tidak sesuai melakukan CAPD tetapi silalah berbincang dengan pakar nefrologi anda sendiri untuk rawatan yang seterusnya.

2. Sekiranya telah pun mempunyai kateter dialisis, jadilah kita pesakit yang bertanggungjawab.

A. Memang ada antara kita yang terlalu menjaga kebersihan sehingga bila kita mandi, habis basah kateter dialisis . Kateter dialisis haruslah ditutup dengan plastik yang bersih dan tidak boleh terkena air .
B. Jangan garu di kawasan kateter dialisis masuk ke dalam badan. Kalau terasa amat gatal, ambil sekeping tisu yang bersih dan gosokkan secara berpada sajaha untuk menghilangkan rasa gatal dan buang tisu tersebut.
C. Pastikan kita periksa kawasan exit site, sekiranya terdapat kemerahan dan nanah silalah tunjuk kepada paramedik di pusat dialisis anda untuk tindakan selanjutnya.
D. Sekiranya demam serta menggigil semasa rawatan dialisis, segera dapatkan rawatan di hospital yang terdekat.
E. Bukakanlah Pintu Hati untuk melakukan rawatan CAPD sekiranya dinasihatkan oleh pakar nefrologi anda.

Sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tiada berguna.

Sehingga berjumpa lagi di KISAH 2 mengenai kateter dialisis.

#khidmatmasyarakat
#sayangbuahpinggang
#fikirtransplan
#CAPD
#HD
#ESRD
#CRBSI
#mybuahpinggang

admin