SUSU YANG BOLEH DIMINUM OLEH PESAKIT BUAH PINGGANG

July 27, 2019by admin

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga MYBuahPinggang. Admin harap semuanya dalam keadaan yang baik. Petang ni admin nak kongsi salah satu jenis susu yang boleh diminum oleh pesakit buah pinggang tapi masih perlu mendapatkan nasihat pakar. Admin dapat susu ni semasa dalam wad beberapa bulan lepas. Admin mengadu kat pegawai pemakanan yang admin
tak lalu nak makan. Kemudian dia cadang admin minum susu ni. Mungkin ada yang dah tahu dan pernah minum tapi ada jugak yang tak pernah. Bagi yang tak pernah minum tu, susu ni rasanya sedap la (perisa vanila) cuma pekat sikit la. Harga dia admin tak pasti rasanya sekitar RM7-8 camtu la. Untuk makluman, admin hanya berkongsi pengalaman berkaitn susu ini dan tidak sama sekali mencadangkan penggunaannya kepada pesakit atau sesiapa sahaja. Oleh itu, seperti yang selalu admin tekankan dalam sebarang pemgambilan apa-apa sahaja produk perlu mendapat nasihat/saranan dari PAKAR YANG BERTAULIAH. Selamat berhujung minggu.
(SILA DAPATKAN NASIHAT PAKAR SEBELUM MENGGUNAKAN SUSU INI)

Agent Red

admin