UBAT STEROID

August 2, 2019by admin

…….ubat mujarab bagi pelbagai penyakit buah pinggang tetapi perlu diambil mengikut arahan doktor. Banyak disalahguna ????????.

Steroid (prednisolone) boleh merawat pelbagai penyakit buah-pinggang seperti:

* nephrotic syndrome – minimal change, Membranous, FSGS dan IgA
* systemic lupus erythematosus (SLE)

Pengambilan steroid boleh memberi kesan seperti:
* muka bulat (moonface)
* jerawat
* selera makan bertambah
* naik berat badan

Jika steroid diambil secara salah dan dalam dos tinggi berpanjangan, ia boleh mengakibatkan:
* kencing manis
* osteoporosis (tulang rapuh)
* ulser perut
* katarak mata

AWAS!! Banyak suplemen, ubat tradisional dan ubat alternatif menggunakan steroid di dalam produk mereka. Sila dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu. Pesakit buah-pinggang kronik TIDAK dibenarkan mengambil sebarang ubatan selain dari arahan doktor.

#ikutnasihatdoktor

#perlupantau

admin