APAKAH RAWATAN TERBAIK UNTUK PENYAKIT KEGAGALAN BUAH PINGGANG?

August 1, 2019by admin

APAKAH RAWATAN TERBAIK UNTUK PENYAKIT KEGAGALAN BUAH PINGGANG?

Seringkali apabila menerima perkhabaran seseorang menghidapi kegagalan buah pinggang, perkara pertama yang terlintas adalah dialisis (tidak kira HD atau PD). Adakah ini rawatan yang terbaik?

Dialisis hanya menggantikan fungsi buah pinggang anggaran sebanyak 20% sahaja.

Jadi, rawatan yang terbaik untuk penyakit ini adalah Pemindahan Buah Pinggang (KIDNEY TRANSPLANT)

Admin ingin berkongsi maklumat tentang transplant pada post ini. Transplant terbahagi kepada 2 jenis:

1) Kadaverik (Cadaveric)
– Pemindahan ini adalah dari penderma yang telah meninggal dunia.
– Selain itu, waris si mati juga boleh memberi keizinan untuk menderma organ.
– Terdapat beberapa organ lain yang boleh didermakan untuk kes ini seperti hati, jantung, paru-paru dan beberapa organ lain.
– Pemindahan kes ini akan dilakukan secepat mungkin (kecemasan)

2) LRRT (Living-Related Renal Transplant)
– Seseorang yang masih hidup boleh mendermakan salah satu buah pinggang
– Penderma merupakan ahli keluarga atau isteri.
-Pemindahan dilakukan secara elektif, bermaksud pemindahan hanya akan dilakukan semasa penderma dan penerima berada di dalam tahap kesihatan yang sesuai untuk pembedahan.
– Pemindahan jenis ini juga dapat mengurangkan masa menunggu pesakit untuk mendapat pemindahan kadaverik.

Kedua-dua jenis pemindahan perlu menjalani beberapa siri ujian dan saringan buat penderma dan penerima.

Penderma boleh meneruskan kehidupan sihat seperti biasa dan akan menjalani pemeriksaan berkala untuk memastikan penderma kekal sihat.

Penerima pula akan melalui beberapa siri pemeriksaan pada fasa awal selepas Transplant. Penerima juga akan mengambil ubat ‘immunosuppressan’ untuk memastikan tiada penolakan berlaku ke atas organ yang didermakan.

Oleh yang demikian, admin mengajak semua (pesakit atau penjaga/ahli keluarga) untuk bersama-sama mempertimbangkan Transplant sebagai rawatan utama. Anda boleh berbincang dengan Doktor yang merawat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kidney Transplant. (Terutama LRRT)

Admin juga menyeru untuk sesiapa yang sihat untuk berikrar sebagai penderma organ…seorang penderma mampu menyelamatkan lebih dari 1 nyawa! ????????

Note: Buat yang beragama Islam, pendermaan organ telah difatwakan ‘Harus’

Admin buka sesi soalan di bahagian komen dan akan dijawab secepat mungkin ????????????

Admin juga menjemput rakan-rakan yang telah menjalani Transplant untuk berkongsi pengalaman anda ????????

P/S: Admin merupakan salah seorang penerima buah pinggang melalui LRRT yang telah didermakan oleh abang kandung admin. ????

Keratan akhbar Kosmo tentang pendermaan dan pemindahan buah pinggang
http://www.kosmo.com.my/…/sasar-20-000-penderma-buah-pingga…

admin