NEPHROTIC SYNDROME

July 29, 2019by admin

NEPHROTIC SYNDROME

….jika tidak ambil rawatan betul boleh merosakkan buah-pinggang. Ia boleh kesan pelbagai golongan usia. Ada pesakit perlu menjalani rawatan dialisis sebab keadaan ini ????????.

Apa itu Nephrotic syndrome?

* bengkak pada keliling mata dan kaki
* kencing berbuih
* kencing mengandungi protin tinggi (>3g/24 jam)
* kandungan protin/albumin dalam darah rendah
* paras kolesterol meningkat dalam darah

Punca-puncanya adalah sebab penyakit buah pinggang yang menganggu penapisan protin dalam tisu buah pinggang. Contoh penyakitnya:

* Minimal change – biasanya ganggu usia golongan muda (kanak2, remaja)
* IgA nephropathy – ada protin dan sel darah dalam air kencing
* Systemic lupus erythematosus (SLE)
* Membranous neohropathy
* Focal sclerosing glomerulosclerosis (FSGS)
* Diabetes/kencing manis

Doktor akan arah lakukan ujian darah & air kencing. Kemungkinan akan masihatkan lakukan biopsi buah-pinggang (sila lihat post yang lalu).

Rawatannya??. Doktor mungkin akan memulakan rawatan berikut:
* Ubat lawas kencing untuk kurangkan bengkak
* Ubat steroid – untuk kawal aktiviti penyakit
* Ubat khas berpandukan keputusan biospi buah-pinggang

@@@ Gambar dari internet

#bocorprotin

admin