DENGAR NASIHAT KAMI

September 6, 2019by admin

CUKUPLAH

Pesakit: “saya tak mahu Dialisis Doktor. Sudah cukup lah Doktor. Saya sangat sangat terseksa. Tebuk sana, tebuk sini. Sakit sangat. Saya tak tahan”.

Lalu saya pusing melihat isteri beliau yang setia berada disisi: “Makcik dah redha. Ya, Dialisis menjadi kan beliau lebih teruk. Lemah. Tak lalu makan. Tak boleh bangun dah sekarang”.

Anak-anak mereka sangat baik. Juga menerima dan menghormati keputusan ibu dan ayah. Mereka lihat kesengsaraan dibelengu oleh penyakit kronik ini.

Jadi, Pakcik tidak lagi buat Dialisis. Tidak lagi di tebuk, tidak lagi sakit.

Akhirnya, Pakcik pergi untuk selama-lamanya. Di dalam tidur. Di rumah. Disisi isteri tersayang.

Banyak pengajaran kes ini. Nasihat saya kepada:

1. Doktor:
Berilah penerangan tepat kepada keluarga. Dialisis TIDAK menjanjikan kesihatan; malah keadaan mungkin akan semakin teruk. Hormatilah keputusan pesakit. Mereka yang merasai.

We can never be in their shoes. We can never feel their suffering. Respect their decision. Yes, no dialysis means death. But the timing of death, we have absolutely NO IDEA. Be careful with how you communicate this to them.

2. Kepada anak-anak.
Redha dan hormatilah keputusan ibubapa. Jangan sekali-kali memaksa mereka membuat apa-apa prosedur yang mereka tidak mahu.

Yang penting, fahami lah segalanya. Jangan pulak salah kan Doktor sebab tak buat itu ini. Terutamanya anak yang tak duduk bersama. Nak nak yang duduk ibukota dan sekali-sekala balik kampung menjenguk. Kadang-kadang tak tahu hujung pangkal terus terjah kami, marah-marah tak buat semua benda.

The best for you DOES NOT mean it’s the best for your parents/loved ones.

Jangan sekali-kali buat apa-apa last minute. Perbincangan patut dibuat jauh sebelum keadaan jadi teruk. Datang jumpa kami. Kalau tak nak apa-apa pun tak apa. Datang saja. Kami tidak akan memaksa anda.

But TALK TO US.
Bukan dengan jurujual produk sampah.
Percaya lah kepada kami.
Kami akan buat apa yang boleh.
Kalau tak boleh, kami cakap saja tak boleh. Tapi yang tentunya, kami tak pandai menipu macam jurujual.

Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Buah Pinggang.

PS: Gambar saya memasukkan tiub Dialisis. Tiub itu di masukkan melalui pangkal leher dan akan terus masuk ke dalam jantung. Prosedur ini banyak risiko nya.

admin