JANTUNG & BUAH PINGGANG

September 11, 2019by admin

Jantung & Buah Pinggang

Ini adalah 2 organ penting dlm badan kita. Tahukah anda penyakit buah pinggang adalah penyebab penyakit jantung secara tidak langsung!! Kebrangkalian sakit jantung meningkat sejajar dgn kerosakan buah pinggang walaupun di peringkat awal (stage 1)????????. Lebih teruk lagi, risiko sakit jantung turut bertambah sekiranya di dalam air kencing anda ada kebocoran protein… ????

Tak ramai org tahu… semua beranggapan sakit jantung adalah disebabkan kolesterol, diabetes dan sakit darah tinggi sahaja. Sebenarnya tanpa penyakit-penyakit lain pun sakit buah pinggang adalah pemangkin sakit jantung!!!

Sakit jantung pun bukan kena serangan jantung sahaja, kecelaruan rentak jantung, kegagalan fungsi jantung, toksin pada jantung dan macam-macam lagi akan terjadi pada pesakit buah pinggang. Sebab tulah kita kena elakkan sakit buah pinggang ni terus!! Barulah takde sakit jantung ☺️

Lagi haru, bila dah sakit jantung pulak, x jaga jantung dgn baik, lama-lama buah pinggang pun akan terkena kesannya. Bak kata pepatah Melayu, cubit peha kiri, terasa peha kanan. Ibarat jantung ni peha kirilah, dan buah pinggang peha kanan gitu…. jadi kena jugak elak dari kena sakit jantung… jaga makan dgn baik, bersenam, sentiasa positif dalam kehidupan.

Yang penting kita semua mahu hidup sihat! Bebas penyakit dan sentiasa hidup berkat ????????
Tepuk dada tanya iman dan diri anda!

Oh buah pinggang, kaulah jantung hatiku!!

#sayangbuahpinggang
#sayasayangpesakitsaya

admin