TIPS DIET PESAKIT DIABETES

January 12, 2020by admin

TIPS DIET PESAKIT DIABETES

Jangan peningkan kepala pesakit diabetes
.
Memang banyak kali saya nampak soalan mengenai bagaimana nak diet untuk pesakit diabetes
.
Tapi saya diam…
Saya tak jawab..
.
Bukan sebab saya tak tahu diabetes diet macam mana
10 tahun dah merawat mereka.
Tapi..
Saya tak tahu

1. Apakah jenis diabetes mereka (type1/type2/gdm/prediabetes?)
2. Apakah bacaan darah terkini? (Fasting/Hba1c/random/SMBG)
3. Apakah ubat terkini? (Insulin/ubat makan)
4. Diet sekarang
5. Keadaa sakit lain (sellau diiringi dengan penyakit lain seperti darah tinggi dll)

Nampak tak betapa kompleks info yang saya perlukan sebelum memberi rawatan kepada seorang pesakit diabetes?
.
.
Saya faham pesakit nak jawapan tapi pergilah ke saluran yang betul

Apabila bertanya di media sosial macam macam jawapan yang tidak berfaedah keluar, tidak tepat dan tidak berkaitan pun keluar.
Belum lagi termasuk penjual produk sampah yang akan contact anda.
.
Saya juga faham nak jumpa dietitian mengambil masa sebab bilangan kami di Malaysia memang sangat terhad..
Di klinik kesihatan je pun ada 66 orang sahaja di satu Malaysia

Maka saya bagi tips cara nak memulakan pengawalan diet bagi seorang pesakit diabetes.

1. SUKU SUKU SEPARUH YANG TELAH DIUBAHSUAI

1/4 carbohydrate (lebih kurang 2 senduk nasi)
Boleh lihat di posting saya yang ini macam mana rupa senduk nasi sebenar
????????????????????
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156689933399105&id=722439104

1/4 protein (jangan tinggalkan lauk)

1/2 sayur hijau
Beza dengan biasa 1/2 datang dari serat gabungan buah dan sayur tapi bagi pesakit diabetes 1/2 pinggan mesti sayur HIJAU bukan lagi gabungan buah dan sayur

2. JAGA WAKTU MAKAN

Hari biasa wajib 3 kali sehari makan
Sarapan: dalam tempoh 2jam SELEPAS bangun
Tghri: dalam tempoh 6 jam SELEPAS sarapan
Malam: paling lambat 4 jam SEBELUM tidur

3. JAGA AIR MANIS

Sebolehnya elakkan.
Jangan order kurang manis tapi order O’ KOSONG terus
Tukarkan kepada naturally flavoured (kopi O,teh O, teh hijau, limau O etc)

.
.
Buat 3 ni je dulu…
Jangan tanya nasihat di media sosial
Nak cari info boleh tapi letak dalam nota dulu..
Dapatkan pengesahan dari dietitian…

Bagaimana nak jumpa dietitian?
Tanya je pegawai perubatan..saya nak dirujuk kepada dietitian..confirm dapat surat rujukan.

Psst yang jumpa kami seronok tau..tak pernah kena marah, senyum je dan bersembang lama. Ada yang sampai nak buat menantu tau????????

Sekian
Dietitian fizah
Saya tak gigit pesakit

admin