Ya, kami para Doktor tidak pernah memahami.
Ya, kami kadang-kadang marah juga bila kami melihat pesakit yang tidak berdisiplin.
Seorang pakcik, ketagih oat. Sampai mengunyah oat ini. Dibawa ke mana-mana????♀️. Aduhai.
Oat mengandungi tinggi fosfat. Perlu dielakkan untuk pesakit yang menjalani dialisis. Cuba lihat keputusan darah masing-masing; yang diambil setiap tiga bulan. Tengok sendiri bacaan fosfat: perlu antara 1.1 sehingga 1.78. Tolong lah ya. Bukan kami suka-suka nak menegur. Tapi saya tengok ramai yang tidak mahu ambil tahu. Risiko kalau tidak dikawal tahap fosfat ini: penyakit tulang dan jantung.
Kalau nak tahu apa bahan-bahan yang mengandungi tinggi fosfat yang pesakit dialisis perlu elakkan; boleh teliti artikel ini.
https://www.kidney.org/atoz/content/phosphorus
Kuncinya adalah bersederhana lah dengan pemilihan apa jua pemakanan.
Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Buah Pinggang.