Rawatan TERBAIK dan Terbukti Menyelamatkan Nyawa

August 19, 2020by admin
Transplan melibatkan pemindahan organ dan tisu seperti buah pinggang yang masih lagi berfungsi daripada penderma yang masih hidup atau meninggal dunia kepada pesakit yang mengalami kegagalan organ. Ia adalah rawatan TERBAIK dan terbukti menyelamatkan nyawa.
TERIMA KASIH IBU
Pengorbananmu sangat tulus untuk anakmu,
Meski dibawa bintang dan bulan untukmu,
Takkan sebanding dengan cinta kasihmu.
“Kepada ibu-bapa, adik-beradik sekiranya ada ahli keluarga yang sakit terutamanya kegagalan fungsi buah pinggang hadapilah dengan tabah, terus memberi sokongan padu dan jika mampu kongsilah organ kita buat yang tersayang.” – Mazidah Abd Rahman
Post ini mendapat kebenaran dari pemilik asal Puan Mazidah Abd Rahman

admin