JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN….PERKASAKAN DIRI

November 28, 2020by admin
850 juta orang di seluruh dunia alami penyakit buah -pinggang kronik.
Di Malaysia, lebih 8000 orang pesakit baru jalani rawatan dialisis setiap tahun. Punca utama buah-pinggang rosak di Malaysia:
# 70% disebabkan penyakit kencing
Maksud perkasa diri, usaha untuk:
1. Belajar berapa tahap bacaan ujian darah anda seperti creatinine untuk fungsi buah-pinggang. Bacaan normal secara purata < 100 mmol/l.
2. Belajar berapa bacaan ujian protin di dalam air kencing. Bacaan sepatutnya negatif atau < 0.03 gm/sehari
3. Belajar bahawa tekanan darah normal adalah < 140/90 mmhg
4. Belajar dan usaha supaya 3 bulan kawalan bacaan gula kencing manis HBA1C < 6.5-7.0 %.
5. Cuba sedaya upaya agar semua bacaan ini tidak semakin meningkat setiap kali lakukan ujian darah
6. Kenali nama ubat anda dan tujuan makan untuk apa. Pastikan ubat dimakan ikut nasihat doktor…bukan ponteng-ponteng. Mahal ubat tu!
7. Tidak percaya produk alternatif yang bukan dinasihatkan oleh pakar perubatan bertauliah dan perlu pantau bertemu di klinik. Orang Malaysia ramai mudah terpedaya dan sanggup belanja $$$$ dengan produk alternatif.
Jika sudah jalani rawatan dialisis, perkasa diri juga penting untuk:
# kawalan air dan garam
# kawal garam fosfat
# kawal kencing manis (untuk elak organ-organ lain rosak pula)
Kalau makan produk atau ubatan beli on-online atau bukan dari doktor perubatan bertauliah & ia telah ganggu kesihatan anda…. itu dah kesalahan diri sendiri ya.
#kitajagakita
#empowerment
Dr Lily Mushahar

admin