YA, ini hanya berlaku di Asia khasnya Malaysia. Suami/isteri, anak atau menantu sanggup berkorban untuk lakukan yang terbaik bantu ahli keluarga yang uzur atau yang ada penyakit kronik. Termasuklah jadi pengiring hantar ulang-alik buat rawatan hemodialisis atau jadi pembantu buat rawatan CAPD (jadi assistant). Tiada insentif (ada yang sanggup berhenti bekerja), tapi lakukan atas sebab ikatan kekeluargaan .
Di Eropah, lain pula. Jururawat komuniti diupah/ dibayar elaun untuk datang lawat ke rumah bantu buat rawatan CAPD. Samada pesakit ini tiada anak atau anak sudah tidak duduk serumah dengan ibubapa lagi. Orang barat, bila anak sudah umur 18 tahun ke atas, anak disuruh berdikari cari rumah lain dan cari pendapatan sendiri.
Saya ada beberapa pesakit dimana anak atau menantu (ini memang rare dan special) yang jadi pembantu (assistance) buat rawatan CAPD. CAPD rawatan dialisis yang perlu dilakukan 3-4 kali sehari di rumah (setiap rawatan hanya ambil 20-30 minit).
Mungkin anda salah seorang dari mereka ini…respect anda semua!
*Saya share fakta ini dalam ceramah saya di kongres Bangkok tadi.