GATAL KULIT….Tahap Level Merenyam

November 5, 2021by admin

Pakcik 58 tahun dan makcik 60 tahun, ada penyakit buah pinggang kronik dan diabetes mengadu selalu gatal-gatal badan sampai susah nak tidur. Rasa merenyam katanya.

Macam-macam penggaru digunakan. Minyak panas, minyak cap kapak, minyak cap harimau semua dah cuba tapi masih gatal.

Masalah kulit kerap berlaku bagi pesakit buah-pinggang. Ia boleh timbul dengan tanda-tanda:
*Toksin (urea) tinggi didalam darah yang akan timbul dibawah kulit dan sebab kegatalan
*Paras garam fosfat tinggi
*Kulit terlampau kering dan berkedut
*Kulit bertambah gelap sebab pengumpulan pigmen urochrome (yang biasa dikeluarkan oleh buah-pinggang sihat)
*Kulit berbintat hitam dan mudah luka (terutamanya jika diabetes tidak dikawal)
*Kulit merah dan pedih sebab jangkitan kuman (cellulitis)

Bagaimana nak atasi?
1. Lakukan rawatan dialisis dengan baik bagi keluarkan toksin. Jika sudah mula dialisis beberapa lama dan masih gatal, mungkin dialisis kurang bersih atau tidak mencukupi. Ini mungkin disebabkan pam darah terlalu rendah berbanding berat badan, tidak lakukan dialisis dengan betul, ada masalah fistula atau tiub kateter dialisis. Perlu bincang dengan doktor Pakar Nefrologi

2. Pastikan tahap garam fosfat terkawal dengan ambil ubatan calcium carbonate dengan betul

3. Sapu losyen pelembap sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari

4. Ambil pil tahan gatal yang disyorkan oleh doktor. Tetapi ini hanya rawatan melegakan sementara sahaja.

Ini saya share gambar dari Dr Suryati Yacob…pesakit tersayang beliau guna gajet garu asli. Macam-macam adooo….

#gajetgaruasli

Dr Lily Mushahar

admin