Kisah berulang-ulang!! Seriklah wahai sahabat-sahabat….

November 22, 2021by admin
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2021/12/258565432_1078880126254930_1049740021862533744_n.jpg
Kisah berulang-ulang!! Seriklah wahai sahabat-sahabat….
Kali ini admin kongsi kisah sedih akibat taksub dengan penjagaan imej diri tanpa menghiraukan kesan pada diri. Lelaki muda belia, di pertengahan 30an, anak ada 2, masih lagi di sekolah rendah. Sentiasa diperli rakan-rakan lantaran badan besarnya. Tak tahan dengan sindiran, beliau mengambil langkah pantas mencuba 3 botol jus yang kononnya boleh menurunkan 3kg dlm masa seminggu dengan hanya penggunaan sebotol. Jadi 3 botol, dijanjikan 9 ke 10kg penurunan berat badan dalam masa 3 bulan. Tak perlu jaga makan, tak perlu penat bersenam. Boleh dapat diskaun lagi kalau beli set!!
Aturan makan jus ajaib dipatuhi, satu sudu pagi satu sudu malam… penuh harapan semoga dalam masa 3 bulan lg beliau sudah boleh mendepang dada depan rakan dan menunjukkan kekacakan beliau. Namun selepas 3 bulan, berat masih sama. Tapi beliau merasakan ada tanda-tanda kononnya jus mujarab mula berkesan. Rasa loya, tak lalu makan dan kurangnya selera. Beliau rasa inilah masanya, mesti berat turun nanti. Harapan menggunung menanti seluar saiz yang lebih kecil nanti!
Sayangnya muntah-muntah makin berlarutan sehingga badan makin lemah, sehingga terpaksa dipapah ke hospital. Tup tup pakar bagitahu buah pinggang dah rosak, toksin badan sangat tinggi !! Cakap pun tak berapa tepat lagi kerana toksin menyelubungi otak. Dialisis perlu dilakukan segera!!! Namun sayangnya, tekanan darah sangat tinggi dan amat menyukarkan untuk dialisis dilakukan. Dek kerana tekanan darah yang terlampau tinggi, pakar risaukan kemungkinan strok/ angin ahmar terjadi yang boleh menjadi teruk pada peringkat awal dialisis jika tidak dikesan.
Dan benar… sudah ada pendarahan kepala yang amat besar!! (Imej pendarahan kepala yg hampir sama; rujukan Internet). Pendarahan terlalu besar sehingga dialisis tidak boleh dilakukan dan terlalu bahaya untuk pembedahan akibat toksin yang terlalu tinggi dalam badan. Sang isteri redha kerana Allah lebih sayangkan dia.. Semoga rohnya dicucuri rahmat. 😭😭
Maka Nikmat Tuhanmu yang Manakah yang Kau Dustakan?
(Arrahman ayat 13)
Alfatihah untuk beliau. Isteri jadi janda, anak jadi yatim kerana jus durjana!!🤬
Sahabat, sudah-sudahlah tertipu. Tiada jalan singkat untuk berjaya waima untuk kurus sekali pun. Sayangilah diri yang kita pinjam di dunia ini dan tak perlu menyindir atau dengki dengan tubuh badan orang lain.
Manusia hanya belajar menghargai bila kehilangan 🥲
Dr Fadh

Pakar Buah Pinggang

admin