BANJIR DAN PESAKIT DIALISIS

December 19, 2021by admin
Bila banjir melanda, pesakit dialisis turut terjejas. Yang lakukan rawatan hemodialisis terperangkap tidak dapat ke pusat rawatan. Pusat rawatan pula mungkin ditenggelami air dan tidak dapat dibuka.
Bagi pesakit yang cuci air (CAPD) yang lakukan rawatan di rumah yang ditenggelami air pula, kotak air dialisis pula habis rosak dan tidak boleh digunakan.
Situasi ini adalah cabaran pesakit dialisis bila bencana banjir besar. Hakikatnya, pesakit dialisis tidak boleh putus lakukan rawatan rutin mereka walaupun bencana berlaku.
Pada mereka yang terkesan, sila hubungi pusat dialisis masing-masing atau hospital terdekat segera untuk minta bantuan. Semoga kita semua dilindungi Allah di dalam bencana banjir ini.
*Gambar kredit Utusan Malaysia

admin