#SayangBuahPinggang

March 7, 2022by admin
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2022/03/274217090_1136298780513064_4693238958769611500_n.jpg
Demi orang tersayang, DERMALAH organ anda.. sesungguhnya ia amat bermakna dan berharga untuk mereka! Dan anda memang sangat MULIA!
Alhamdulilah atas kurniaan dari Allah dgn kesihatan sehingga hari ini. Walaupun hidup dgn satu buah pinggang saya masih lagi boleh menjalani kehidupan seperti sebelum ini… Kehidupan seharian tiada yg berubah cuma nya kita kena lebih menjaga kesihatan lebih lagi. Tapi seharus nya begitu kan utk sihat kita kena jaga dari pemakanan kita, aktiviti harian kita,Dan juga emosi kita…
Saya terpanggil utk menulis pasal pendermaan buah pinggang dari waris terdekat atau waris yg hidup.. Kebanyakan mereka ada niat utk menjadi penderma tapi banyak mendengar cerita yg bukan dari pengalaman yg sebenar.. Maksud nya org yg tak pernah lalui proses pemindahan buah pinggang yg berckp pasal pemindahan ini… Mcm mereka yg lebih tahu…
Ada yg bertanya dgn saya sendiri Dan bercerita mereka kebanyakan nya takut utk menjadi penderma sbb nya dengar ckp masyarakat di luar sana yg menyata… *bila Dan bagi buah pinggang nanti penderma ni akan sakit jadi tak sihat selalu kena jumpa doktor, ulang alik hospital, aktiviti akan terhad, tak boleh dah buat itu ini, semua nya terbatas sbb dah kurang satu organ*….
Sebenar nya apa masyarakat momok kan pada bakal penderma adalah Salah Dan saya sebagai penderma mmg tidak setuju. Saya sendiri sudah alami nya Dan saya rasa sampai hari ni Alhamdulilah saya masih lagi sihat, masih boleh lagi lakukan aktiviti yg saya suka seperti sebelum ini. Dan bagi saya setelah menderma buah pinggang pada anak langsung tidak menganggu aktiviti saya…
Sebenar nya dlm hal ini sebagai bakal penderma kena cari sumber yg sahih maklumat yg tepat. Kita tak boleh duduk berbincang dgn org yg tak tahu pasal pendermaan ini dan yg tak alami nya sendiri… Mereka boleh bercakap apa sahaja yg mereka fikir betul dan pandangan masing². Mungkin mereka risau apa akan jadi pada penderma tapi sebaik nya bagi lah bakal penderma ini ruang utk mencari sumber maklumat yg mereka perlukan…
Dan bagi bakal penderma juga saya nasihat kan utk anda berbincang dgn doktor yg merawat pesakit dan dari situ doktor akan terang kan segala nya. Utk menjadi penderma juga doktor bukan ambik main tangkap muat sahaja, bakal penderma juga harus jalani beberapa saringan utk melepasi setiap ujian… Dan doktor seboleh nya akan tapis segala ujian kerana doktor juga tidak mahu selepas bakal penderma ini menderma akan jatuh sakit…
Tidak semua yg penderma ini melepasi apa yg doktor sudah gariskan.. Ada juga penderma yg gagal ditengah jalan disebabkan faktor² yg tidak berjaya dlm saringan… Jadi bakal penderma mmg harus lalui pelbagai saringan utk sampai ke pembedahan buah pinggang…
Sekarang ni saya bakal memasuki 3 tahun transplan dan Alhamdulilah masih diberi kesihatan yg baik dan masih boleh jalani kehidupan seperti biasa.. Tiada masalah setakat ini… Yg penting skrg ni kepada bakal penderma cari lah sumber yg tepat bila kita sudah nekad utk menjadi penderma kepada ahli keluarga kita… Saya sentiasa berdoa agar ada penderma dlm kalangan keluarga sendiri utk menjadi penderma kepada pesakit yg merupakan kan keluarga kita🥰
*penderma buahpinggang menulis*

admin