#CaknaMembawaSejahtera

March 29, 2022by admin
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2022/06/277165174_1159056948237247_2505013276280793482_n.jpg
Sarapan pagi adalah penting dan biasa untuk kita, tapi tahukah anda bukan semua sarapan adalah disyorkan kepada pesakit buah pinggang kronik? Terdapat di antara makanan tertentu yang perlu dikawal untuk elak komplikasi jangkamasa panjang.
Jika anda adalah seorang pesakit buah pinggang kronik, sila elak dan kurangkan makanan berikut:
# Teh Tarik, minuman kopi atau teh “3 dalam satu” yang mempunyai kandungan gula dan fosfat tinggi
# Kekacang, ikan bilis, santan, roti gandum, beras coklat, tenusu: mengandungi kandungan fosfat tinggi
# Daging yang diproses (seperti nugget, burger, hot dog): mengandungi garam berlebihan dan bahan awet bagi mengekalkan rasa
Oleh itu, pengurangan makanan yang tersenarai di atas akan membantu memelihara kesihatan pesakit buah pinggang kronik.

admin