Program Pendidikan Pra-Dialisis atau Pre-Dialysis Education Program (PDEP)

March 29, 2022by admin
Program Pendidikan Pra-Dialisis atau Pre-Dialysis Education Program (PDEP) telah dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia.
Portal ini diwujudkan khas untuk menyediakan pesakit CKD dan penjaga untuk membuat keputusan tepat tentang pilihan rawatan dan cara untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan berkualiti semasa rawatan dilakukan.
Sekumpulan doktor pakar dari pelbagai bidang (buah pinggang, jantung) berserta dengan ahli farmasi, pakar pemakanan dan pesakit telah secara sukarela membantu pembentukan modul pembelajaran PDEP ini. Ia diharap dapat memberi pengetahuan yang lebih mantap dan baik kepada pesakit dalam menjalani kehidupan sebagai pesakit buah pinggang kronik dan seterusnya beoleh membuat keputusan yang baik untuk rawatan dan cara hidup yang sihat semasa menjalani rawatan.
Sila layari laman web www.mybuahpinggang.com untuk mengakses PDEP Portal bagi mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan penyakit buah pinggang.

https://fb.watch/dpwKn_Iosw/

admin