Garam oh garam!!
Kasih umpama garam, begitulah perumpamaan org Melayu bila kita tanya pasal garam… sampaikan org tua-tua juga kaitkan pengalaman dengan banyaknya makan garam dalam hidup mereka ???????????? Begitulah pentingnya garam dalam masyarakat kita….
Terpanggil utk menulis kisah GARAM juga bila sahabat pakar pemakanan kita Dietitian Fizah Sobri sibuk cerita pasal garam.
Minggu lepas, seorang pesakit saya hulur satu botol yang sudah kosong. (lihat gambar) Bertanyakan pendapat saya tentang keberkesanan bahan tersebut, Kandungan pada label menunjukkan ianya adalah sejenis garam yang menjanjikan penyembuhan, kelegaan dan pencegahan pelbagai penyakit… ????????????. Pesakit saya adalah seorang pesakit dialisis darah yg berumur 70an.
Terkedu saya… patutlah cuci darah tak berapa nak bersih, tekanan darah asyik tinggi dan mesin dialisis asyik berbunyi-bunyi, rupanya dah habis sebotol dia telan garam ni hari-hari….????????????
Sama macam durian (lihat post sebelum ini), GARAM juga akan memberi keburukan yang lebih banyak dari kebaikan. Boleh makan tetapi hadkanlah penggunaannya. Bersederhanalah dalam menambah garam dalam makanan. Garam wujud dalam macam-macam bentuk -MSG, kicap, perasa, makanan terawet, makanan dalam tin/ kotak dan jeruk2 yg sgtlah sedapnya… ???????? Tapi jangan kerana garam, kita dapat angin ahmar sbb tekanan darah melambung, dan jangan kerana garam kita terpaksa buat dialisis sbb buah pinggang kita rosak akibat tekanan darah yang tinggi.!!! ????????
Yang dah buat dialisis, garam boleh meningkat kandungan air dalam badan kerana kita jadi haus bila makan benda yg masin… nasihat saya, biarlah tawar sikit.. daripada sesak nafas sbb terlebih air dalam badan nanti….
Dan TIADA garam yg boleh meyembuhkan, kecuali dgn izin Tuhan yg maha Esa. Kalau ada produk yg claim ia boleh mencegah, menyembuh atau mengubat waima garam sekalipun, maka percayalah bahawa produk itu menipu!! Takut2 memudaratkan pula kalau tersilap pengambilannya!! Jangan kerana kasih umpama garam, terus hilang kasih sebab dah meninggal dunia …. ????????????
Jangan pula tak makan garam langsung, juga boleh memudaratkan. Perlu ada sedikit garam mengikut ketetapan yang bersesuain dengan badan iaitu kurang dari 1 sudu teh sehari. (rujuk artikel) – sudu kecil yea, dan sehari.. bukan setiap makanan.. ???????? Makan cara sihat… tambahlah tumbuhan semulajadi seperti kentang, lobak merah, sayuran sbg perasa dalam makanan yg dimasak. Atau tambah sedikit udang segar atau ikan sebagai perencah rasa. Mesti sedap nanti.
Rendam kaki dalam garam okay…???????? asalkan tak minum air garam tersebut… ????????Yang penting… sayangilah diri dan badan anda, Jadikanlah panduan apa yg baik, janganlah jadikan bacaan ini seperti mencurah garam di laut pulak ????????
PS: Gudang Garam langsung TAK BOLEH yea!! ????????
Nak tau tips penggunaan garam yg baik, baca artikel sahabat saya Dietitian Fizah Sobri
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157337870679105&id=722439104
#sedaptaksemestinyamasin
#sayangbuahpinggang
#sayasayangpesakitsaya