DURIAN OH DURIAN…

July 16, 2019by admin

Durian oh Durian..
Ada musang king, udang merah, D24, IOI, XO, kampung, kahwin dan macam2 lagi…
Ni buah favourite hampir semua rakyat Malaysia, tak kira bangsa, umur mahupun jantina. Bagi yang tak suka durian, hilang satu nikmat dunia. King of fruits ini walaupun sedap sebenarnya banyak buruk dari baiknya. Kebaikan durian hanyalah sedap lemak berkrim, manis sehingga menjilat jari dan baunya harum semerbak sekali. Buah tak abis boleh buat bubur, crepe, icecream, tempoyak, dodol dan mcm2 lagi makanan.
Tapi sebagai pakar, saya tak nasihat pesakit saya makan banyak2, cukuplah hanya merasa dan menikmati rasa durian tersebut. Alasan saya, lebih banyak buruk dari baiknya. Saya senaraikan disini keburukan durian, semoga jadi panduan bersama. Saya pun giler durian… tapi beringatlah sebelum terlambat.

1. Kalori durian sgt tinggi – 2 ulas durian hampir sama byk dgn sepinggan nasi. Ada antara kita yg mkn sebiji… kalau tak exercise macam mana nak hilangkan lebihan kalori ini. Kena lari 2 km utk seulas durian ????

2. Durian ada sgt tinggi potassium. (Lihat article) Pesakit dialisis boleh mati sekiranya mkn terlalu byk durian. ???????? Kalau sempat dialisis, mungkin boleh selamat… kalau x sempat.. hmm… tahu2lah sendiri akibatnya. Ada case report utk pesakit yg hampir maut sbb durian ( lihat article )

3. Bagi yg diabetes, kandungan gula dlm durian sgt tinggi sehingga boleh memudaratkan. Hati-hati dan beringat-ingat yea… insulin mungkin perlu ditingkatkan, kena selalu periksa bacaan gula dlm darah terutama selepas mengambil durian. Byk kes kawalan gula teruk masa musim durian dihospital. ????????

4. Itu belum cerita kulit durian yg boleh membahayakan ????????. Jangan sampai terluka yea kalau makan durian. Ada kencing manis, luka payah nak baik nanti.

5. Ongkos juga perlu dipertimbangkan. Nak durian sedap, mahallah harganya. Jgn sampai kerana nak durian mahal, sanggup hutang orang sana sini. Ukur baju dibadan sendiri… ????

Bukan maksud saya tak bagi makan durian, tp makanlah dengan penuh kesederhanaan dan beringat akan keburukan king of fruits itu. Tepuk dada tanya iman dan selera !
Apa2 pun saya tetap bangga Malaysia ada byk durian ????

#sayasayangpesakitsaya
#sayangbuahpinggang

admin