COVID-19 dan Penyakit Buah Pinggang

April 15, 2020by admin

COVID-19 dan Penyakit Buah Pinggang

 

 

Adakah pesakit buah pinggang mempunyai risikio yang lebih tinggi terhadap jangkitan COVID-19?

Sekiranya pesakit buah pinggang dan juga pesakit yang mempunyai sejarah penyakit kronik yang lain seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dijangkiti virus COVID-19, pesakit-pesakit ini mempunyai risiko jangkitan yang lebih teruk berbanding pesakit yang tidak mempunyai sejarah penyakit kronik.

Imunisasi tubuh badan pesakit dialisis adalah lebih rendah. Oleh itu, adalah lebih sukar untuk sistem pertahanan badan melawan jangkitan kuman. Adalah amat penting bagi pesakit buah pinggang untuk meneruskan rawatan dialisis seperti biasa dan pesakit haruslah mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang telah diarahkan oleh kakitangan perubatan.

 

Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil oleh pesakit buah pinggang?

Warga tua dan pesakit yang mempunyai sejarah perubatan penyakit kronik mempunyai risikio yang lebih tinggi untuk mendapat jagkitan COVID-19 yang lebih teruk. Oleh itu, pesakit haruslah:

  • Memastikan bekalan ubat adalah mencukupi
  • Memastikan langkah penjagaan jarak di patuhi apabila berada di kawasan awam
  • Mengurangkan kontak dengan orang yang sakit
  • Kerap basuh tangan
  • Mengelakkan tempat yang sesak
  • Duduk dirumah dan kurangkan aktiviti luar semasa wabak

Pesakit dialisis harus menndapatkan rawatan dialisis seperti biasa. Sekiranya anda adalah pesakit transplan buah pinggang, pastikan anda mengambil ubat “anti-rejection”, menjaga kebersihan dan patuhi langkah berjaga-jaga seperti yang diarahan oleh kakitangan kesihatan

 

Adakah perlu untuk pesakit buah pinggang untuk memakai topeng muka semasa berada di kawasan awam?

Duduk dirumah merupakan langkah pencegahan yang paling berkesan dan selamat melainkan sekiranya anda perlu mendapatkan rawatan dialisis. Sekiranya anda terpaksa keluar ke kawasan awam, anda perlu mendapatkan nasihat daripada kakitangan perubatan sekiranya anda perlu memakai topeng muka memandangkan risiko bagi setiap individu adalah berbeza.

Centre for Disease Control (CDC) menyarankan pemakaian topeng muka untuk: pesakit COVID-19, mempunyai simptom-simptom penyakit COVID-19 ataupun menjaga pesakit COVID-19. Bagi pesakit yang mempunyai imunisasi sistem badan yang lemah,sila dapatkan nasihat pegawai perubatan untuk jenis topeng muka yang bersesuaian untuk digunakan terutamanya di kawasan awam. 

Cara pemakaian topeng muka yang betul adalah anda harus memastikan topeng muka menutup hidup dan mulut sepenuhnya dengan kemas. Sekiranya anda menggunakan topeng muka jenis kain, pastikan topeng muka dibasuh setiap kali selepas menggunakannya dan harus memastikan bentuk topeng muka kekal elok dan tidak rosak. Walaupun anda menggunakan topeng muka, anda tetap harus mempraktikkan jarak yang selamat di antara individu iaitu sekurang-kurangkan 6 kaki untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19. Elakkan menyentuh muka dan basuh tangan dengan kerap.

 

Kenapa saya perlu sentiasa bersiap sedia semasa wabak COVID-19?

Sekiranya terdapat wabak di kawasan anda, anda perlu memastikan bekalan makanan adalah mencukupi. Ini adalah penting bagi memastikan anda dapat mengurangkan risiko berada di kawasan yang sesak seperti di pasaraya dan kedai farmasi. Anda boleh menyimpan makanan yang tahan lama seperti makanan di dalam tin untuk lebih kurang 2-3 minggu. Pastikan ubat adalah mencukupi.

 

Jenis makanan tahan lama yang bersesuaian dengan pesakit buah pinggang

Adalah penting untuk anda menyimpan makanan yang tahan lama semasa wabak

Peringatan:

  • Buang makanan dalam tin yang telah terbuka, kemek dan telah tamat tarikh lupus untuk memastikan anda tidak terkena keracunan makanan
  • Elak menggunakan garam (sekiranya anda di bawah kawalan pengambilan garam
  • Pastikan air minuman adalah bersih dan dimasak

*sumber: www.kidney.org

 

——————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————-

 

Does kidney disease put me at a higher risk?

People with kidney disease and other severe chronic medical conditions are at higher risk for more severe illness.

People on dialysis can have weaker immune systems, making it harder to fight infections. However, it is important to know that kidney patients need to continue with their regularly scheduled dialysis treatments and to take necessary precautions as recommended by their healthcare team.

 

Are there special precautions that someone with kidney disease should take?

Older adults and people with kidney disease or other severe chronic medical conditions seem to be at higher risk for more serious COVID-19 illness. If you are at higher risk of getting very sick from COVID-19, you should:

  • Stock up on supplies
  • Take everyday precautions to keep space between yourself and others
  • When you go out in public, keep away from others who are sick, limit close contact
  • Wash your hands often
  • Avoid crowds as much as possible
  • During an outbreak in your area, stay home as much as possible.

Please remember that if you are on dialysis, you should not miss your treatments. Contact your clinic if you feel sick or have any questions or concerns.

If you have a kidney transplant, it is important to remember to keep taking your anti-rejection medicines, maintain good hygiene and follow the recommendations from your healthcare team. Contact your healthcare team with any questions or concerns.

You can learn more about how kidney patients can be prepared for COVID-19 with this NKF resource.

Is this content useful? Yes No

 

Should CKD patients wear masks in public?

 

It is best to stay home, unless you need to attend a dialysis treatment. If you must go out in public, ask your healthcare provider if it is necessary as a CKD patient to wear a face mask since each individual case is different.

The Center for Disease Control (CDC) recommends face masks for those who are infected with COVID-19, have symptoms of COVID-19, or taking care of someone with COVID-19.

The CDC also recommends wearing cloth face coverings to slow the spread of COVID-19 in areas where community-based transmission is significant. These homemade cloth face coverings are not masks and do not replace the President’s Coronavirus Guidelines.

Tips for using a mask include a snug but comfortable fit covering the bridge of the nose and the entire mouth. Also, be sure to be laundered the cloth mask after use each outdoor use, ideally without damage to the shape or structure of the mask. The CDC is recommending a cloth face cover like the t-shirt used in this video. The CDC also recommends coffee filters as an alternative. Use of any mask is in addition to practicing social distancing or at least 6 feet from others to limit coronavirus spread. All patients at high risk, such as immunosuppressed transplant recipients or people receiving dialysis should follow the directions of their clinicians regarding the type of face covering that should be used outside of a clinic setting.

When in public it is important to practice social distancing by staying 6 feet away from other people and to also avoid touching your face. Wash your hands immediately after you have been in public.

Why do I need to prepare for the coronavirus outbreak?

If there is a virus outbreak in your area and you need to decrease your risk of getting sick, it’s important that you have food in your home. This will help reduce your risk of infection by allowing you to avoid crowded spaces like grocery stores and drug stores. Here are some shelf stable food choices to help you follow your kidney diet. Shelf stable means foods that last a long time without spoiling, such as canned foods. It’s important to prepare now by stocking up 2-3 weeks’ worth of healthy, kidney friendly foods, fresh water, and medicines. Check with your healthcare professional if you have any questions about your medications.

Kidney-Friendly Shelf Stable Items for your Pantry

It’s important to keep shelf stable foods on hand to avoid getting sick if an outbreak happens in your area.

Reminders:

  • Throw away cans that are opened, dented, or past their expiration date to avoid food poisoning.
  • Avoid using salt (and salt substitutes if you have a potassium restriction)
  • Keep distilled water on hand (bottles or jugs).

 

——————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————-

 

Coretan Dr Rafidah Abdullah,
Pakar Perunding Perubatan & Buah Pinggang

 

3 April 2020

NASIHAT KEPADA PESAKIT KRONIK BUAH PINGGANG

 

Ramai yang bertanya tentang rawatan susulan dan ubat-ubat dan sebagainya semasa tempoh perintah kawalan perjalanan ini. Seperti saya, Pakar-pakar Nefrologi masih meneruskan kerja dan meneruskan perkhidmatan seperti biasa. Walaubagaimanapun, kemungkinan ada pesakit yang telah ditelefon oleh hospital untuk anjakkan temujanji. Ini dibuat untuk kepentingan anda juga; untuk mengurangkan risiko anda. Mereka yang mempunyai penyakit kronik (co-morbids) adalah golongan berisiko tinggi.

Akan tetapi, ini adalah saranan saya:

  1. Untuk yang telah menerima panggilan telefon untuk temujanji baru, ikut sahaja. Pastikan juga bincang bagaimana nak dapatkan ubat-ubat anda. Jabatan Farmasi ada juga mengeluarkan panduan bagaimana boleh anda buat. Setiap hospital mungkin ada lain sedikit bergantung kepada keperluan masyarakat.
  2. Untuk yang tidak menerima panggilan telefon daripada hospital atau klinik buah pinggang, mungkin anda boleh menghubungi hospital tersebut sendiri. Adalah arahan masing-masing. Arahan ini tidak boleh diberi melalui media sosial saya kerana setiap individu lain keperluannya.
  3. Untuk yang ada simptom, sila jangan tunggu. Perkhidmatan hospital masih terbuka. Tapi saya harap kalau sakit itu sedikit sahaja dan tidak memerlukan rawatan kecemasan, tidak perlu datang dahulu.
  4. Pastikan ubat-ubat itu mencukupi dan terus ambil mengikut arahan. Kalau tidak makan ubat macam biasa, nanti ramailah perlu masuk hospital nanti kerana pelbagai komplikasi. Jika anda jauh di kampung misalnya, boleh saja bawa buku kecil rawatan susulan (banyak klinik ada beri ini), boleh ke klinik KKM yang berdekatan untuk mendapatkan bekalan ubat untuk sementara waktu.
  5. Yang ini nasihat paling penting: ikut arahan jarak sosial; jangan berjalan-jalan. Duduk sahaja di rumah. Selepas ini pun, saya nasihatkan jangan pergi ke tempat yang ramai orang dan jangan sekali-kali bersalam-salaman. Peluk cium bagai lagi jangan; tak kiralah mereka ini saudara rapat atau dah tak jumpa bertahun-tahun.
  6. BASUH TANGAN; guna air dan sabun atau hand sanitizer. Sekurang-kurangnya 20 saat. Buat selalu

NASIHAT KEPADA PESAKIT KRONIK BUAH PINGGANGRamai yang bertanya tentang rawatan susulan dan ubat-ubat dan sebagainya…

Posted by Rafidah Abdullah on Khamis, 2 April 2020

 

——————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————-

 

2 April 2020

PESANAN KEPADA PESAKIT HEMODIALISIS

Sepanjang musim COVID-19 ini, saya ada beberapa pesanan penting:

  1. Jaga kesihatan anda; supaya dapat elak masuk hospital. Ramai yang masuk hospital adalah sebab komplikasi yang dapat dielakkan sebenarnya. Makan minum tolong lah kawal.
  2. Jika ada yang tak dapat ke pusat dialisis terutamanya jika di bawah perintah kawalan pergerakan yang diperketatkan, sila hubungi pusat dialisis anda. Mereka akan hubungi doktor dan KKM. InsyaAllah anda akan dibantu supaya tidak terlepas sesi dialisis. Semasa macam ini, sesiapa membuat dialisis air (peritoneal dialsis) adalah lebih baik dan senang.
  3. JANGAN sesuka hati tukar shift. Kekal syif yang sama. Kalau anda dapat COVID-19, sudah kelam kabut lebih ramai yang terkena.
  4. JANGAN berjumpa ramai orang. Elok kekal di rumah dan hanya dengan keluarga terdekat. Kekalkan JARAK SOSIAL lebih dari satu meter bila berjumpa dengan orang. Tak perlulah menghadiri kenduri kendara atau makan-makan beramai-ramai. Yang lebih penting, tak payahlah nak bersalam; apatah lagi amalan pelukcium dua tiga kali!
  5. Basuh tangan selalu; sabun atau hand sanitizer.
  6. Kalau ada ahli keluarga terdekat positif COVID-19 atau / dan anda di dalam golongan Person Under Investigation (telah disuruh ambil ujian COVID oleh KKM), tolong beritahu staf dialisis. Mungkin syif dialisis perlu ditukarkan kepada syif akhir. Mohon ikut sahaja arahan, jangan tak ikut.

Amalan ini elok berterusan ya.
Kalau boleh, sampai bila-bila.

PESANAN KEPADA PESAKIT HEMODIALISISSepanjang musim COVID-19 ini, saya ada beberapa pesanan penting:1. Jaga kesihatan…

Posted by Rafidah Abdullah on Khamis, 2 April 2020

admin