GOUT-Batu Karang-Rosak Buah Pinggang

July 2, 2021by admin
Pemuda 44 tahun alami penyakit gout yang teruk hingga sendi jari tangan, siku dan kaki bengkak berbonjol kekal. Beliau ambil ubat tahan sakit kerap menyebabkan buah-pinggang rosak hingga tahap perlu rawatan dialisis seumur hidup. 2 tahun kemudian, beliau bernasib baik apabila beliau menerima buah-pinggang baru (transplan) dari ahli kelurga terdekat.
GOUT amat menyakitkan bila berlaku serangan (sendi bengkak, merah dan panas) dan boleh mendatangkan kerosakan pada sendi tangan dan kaki. Ia disebabkan oleh gangguan kandungan purine dalam badan menghasilkan paras asid urik (uric acid) tinggi di dalam darah.
Asid urik juga boleh bentuk batu-karang dalam buah-pinggang dan jadi bahaya bila batu karang sumbat dan bengkakkan buah-pinggang. Satu prosedur kecemasan perlu dilakukan untuk selamatkan buah-pinggang.
Apa perlu anda boleh lakukan untuk elak serangan gout, batu karang dan rosak buah-pinggang?
1. Elak ambil makanan tinggi purine seperti alcohol, air bikarbonat, sardin, itik, organ dalaman binatang (otak, hati, paru, limpa dsb) dan makanan laut (seafood)
2. Galakkan pemakanan purine rendah seperti bahan tenusu, sayur, buah-buahan dan telur
3. Elak ambil ubat tahan sakit (ibuprofen, voltran, ponstan dsb)yang kerap. Bagi pesakit buah-pinggang kronik, JANGAN langsung ambil ubat tahan sakit tanpa minta nasihat doktor pakar
4. Pastikan paras asid urik di dalam badan berada pada tahap <400 mol/l
** Anda mungkin perlu ambil ubat dari doktor bertauliah untuk rawat asid urik tinggi di dalam badan terutamanya bila sudah ada simptom dan batu karang
** JANGAN percaya suplemen atau produk yang “overclaim” atau dari scammer

admin