Kes 1
Doktor…kawan saya ada jual jus rawatan alternatif pada saya. Katanya boleh rawat penyakit buah-pinggang dan elak dialisis. Mahal juga harga $$ satu botol.
Kes 2
Doktor…saya selalu minum air jus rebusan daun pegaga dan air beralkali. Boleh ke?
Macam-macam jenis air yang wujud untuk diminum:
#Jus “over claim” atau scammer (Kes 1)
Jus “over claim” dijual semata-mata untuk beri harapan palsu kepada pesakit kronik. Dijual on-line atau di kedai tanpa penjual berjumpa atau lakukan pemeriksaan terhadap pesakit. Pesakit kronik terus merana, duit melayang dan akhirnya berjumpa doktor juga dengan kesihatan merosot. Kalau sahih, dah lama doktor letak jus ni di farmasi hospital.
#Jus buah dan jus sayuran
Ramai orang amalkan air jus buah atau jus sayur untuk tujuan detox, kuruskan badan dan penjagaan kesihatan. Baik jika dibuat sendiri dan tidak ditambah gula.
Tapi awas sebab jus buah tinggi kandungan vitamin C dan potassium. Kalau amalkan jangkamasa panjang, boleh sebabkan pengumpulan oxalate dalam buah -pinggang. Hadkan jangkamasa pengambilannya. Mereka yang sudah ada penyakit buah-pinggang berisiko potassium tinggi.
Sebenarnya, makan buah itu sendiri lebih baik dari buat jus. Sebab jus telah hilangkan serat fiber buah tersebut. Fiber dari buah adalah baik untuk perlahankan serapan gula ke dalam badan dan baik untuk penjagaan organisma flora usus.
# Air beralkali atau Reverse Osmosis (RO)
Tiada bukti kajian kukuh air beralkali untuk rawatan penyakit buah-pinggang. Tidak perlu hingga beli air beralkali. Lebih baik simpan duit tu untuk perkara lebih baik dan sahih.
#Air barli
Tiada bukti air barli boleh rawat atau baik bagi penyakit buah-pinggang. Air barli dikatakan boleh elak batu karang dan jangkitan kencing. Minumlah kalau suka air barli. Tiada masalah.
# Protin Shake
Awas sebab protin Shake yang sudah siap mungkin kandungan gula tinggi. Tiada bukti baik untuk buah-pinggang.
# Air kopi macam mana pula?
Tiada masalah…boleh minum hingga 3 cawan sehari. Elak minum kopi yang sedia siap dalam tin atau kotak yang tinggi kandungan gula.
Caffeine tidak ganggu buah-pinggang tetapi ada kesan diuretik iaitu kerap kencing. Ramai doktor dan pakar buah-pinggang kuat minum kopi (tanpa gula)….termasuklah saya .
** AIR PALING SIHAT DAN BAIK
AIR KOSONG atau AIR MINERAL!. Minum air ini dah mencukupi. Tidak perlu minum air dengan jumlah melampau. Minum 2L air sehari sudah cukup. Jika ada penyakit buah-pinggang, perlu kurangkan jumlah air diminum ikut nasihat doktor.
**AIR YANG TIDAK SIHAT…air karbonat (air soda/gas), teh tarik dan air jus kotak kandungan gula tinggi. Ini perlu elak.