June 26, 2021
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2021/07/198267442_983684212441189_604732462044084581_n-1.jpg

Pemuda buruh kasar 28 tahun alami kencing berdarah, muntah-muntah dan sakit bahagian buah-pinggang selama 2 hari. Di wad, kami dapati dia alami kerosakan buah-pinggang teruk dengan bacaan creatinine-700++umol/l. Kencing keluar dalam bag urin berdarah gelap. Ultrasound menunjukkan kedua-dua buah-pinggang bengkak. Tiada punca di kenalpasti kecuali bila ditanya dari segi pemakanan, dia ada makan 20 BIJI...

June 19, 2021
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2021/10/198024148_979445412865069_1902135796671157462_n.jpg

2 kes kami terima dalam 2 tahun ini tentang kerosakan buah-pinggang mendadak dan kristal oxalate. Kes 1 Wanita berumur 57 tahun, tiada sebarang penyakit sebelum ini. Menurut beliau, tidak amalkan sebarang suplemen. Peratusan buah pinggang 60% telah rosak bila dirujuk kepada kami. Creatinine-500++. Kami lakukan biopsi buah-pinggang dan didapati banyak kristal oxalate dalam tisu buah-pinggang....

June 15, 2021

Dengarkan perkongsian Gordon Ling dimana beliau menderma buah pinggangnya kepada isteri tersayang. Mempunyai ahli keluarga yang dapat memberikan anda sokongan dan kekuatan untuk melalui kehidupan seharian adalah penting bagi pesakit-pesakit yang menghidapi penyakit buah pinggang kronik. #MyBuahPinggang #KidneyCare #DialysisCommunity #CKD #DialysisPatientsMalaysia #Malaysia #CKDMalaysia #LifeWithCKD #KidneyDonor #DonorTestimonial .

June 15, 2021
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2021/06/131402602_977144483095162_7886849816988116800_n.jpg

Sekiranya sejarah kesihatan keluarga anda mempunyai risiko penyakit buah pinggang kronik, pastikan anda melakukan pemeriksaan kesihatan berkala dan anda menjalani gaya hidup sihat. #MyBuahPinggang #KidneyCare #DialysisCommunity #CKD #DialysisPatientsMalaysia #Malaysia #CKDMalaysia #LifeWithCKD

June 9, 2021
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2021/06/193436373_973471116795832_7884961261833371291_n-1.jpg

Perjalanan anda untuk hidup dengan sejahtera dan melakukan aktiviti normal seharian tidak semestinya berhenti begitu sahaja setelah didiagnos dengan penyakit buah pinggang kronik. Apa yang penting adalah anda hendaklah menjaga kesihatan diri anda untuk mengelak keadaan menjadi lebih teruk. Kongsi video ini dengan rakan-rakan anda! #MyBuahPinggang #KidneyCare #DialysisCommunity #CKD #DialysisPatientsMalaysia #Malaysia #CKDMalaysia #LifeWithCKD https://www.facebook.com/MYBuahPinggang/videos/4176486492407671

June 9, 2021
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2021/06/Untitled-12-879x640.jpg

Perjalanan anda untuk hidup dengan sejahtera dan melakukan aktiviti normal seharian tidak semestinya berhenti begitu sahaja setelah didiagnos dengan penyakit buah pinggang kronik. Apa yang penting adalah anda hendaklah menjaga kesihatan diri anda untuk mengelak keadaan menjadi lebih teruk. Kongsi video ini dengan rakan-rakan anda! #MyBuahPinggang #KidneyCare #DialysisCommunity #CKD #DialysisPatientsMalaysia #Malaysia #CKDMalaysia #LifeWithCKD .

June 8, 2021
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2021/10/192785737_972919706850973_3681552344461221919_n-694x640.jpg

Harap anda semua tidak terpedaya dengan scammer yang berleluasa sekarang promosi boleh henti dialisis dengan membeli 3 botol ubat. Sebab nak untung duit, sanggup jual nama National Kidney Foundation (NKF) baru-baru ini. Nampak sangat mereka ubah gambar tulisan pada banner. Terlampau desperate sampai sanggup perdaya hingga boleh menggadai nyawa. Ramai pula percaya dan berdesup nak...

June 1, 2021
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2021/06/195339018_968588100617467_4990786837223160739_n-1280x640.jpg

Shazwali taib didiagnos dengan penyakit kegagalan buah pinggang peringkat akhir kerana penyakit buah pinggang polisistik pada tahun 2016 setelah mengalami simptom ringan iaitu bengkak pada kaki yang disangka gout. Tanpa pengetahuannya, abang yang bernama Shazwan berjumpa dengan doktor adiknya dengan hajat untuk menderma buah pinggang kepadanya. Sokongan abangnya dapat memberi beliau peluang kedua untuk menjalani...