February 25, 2022
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2022/03/1111-1280x640.jpg

Apabila anda mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat, ia juga menghasilkan gaya hidup yang boleh mengelakkan penyakit buah pinggang. Mulalah dengan cara-cara masakan dan pemakanan sihat seperti berikut untuk menjaga buah pinggang anda. #MyBuahPinggang #AmalanPemakananSihat #CaknaMembawaSejahtera

February 23, 2022
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2022/03/273958578_1136289937180615_2635220921104558115_n.png

Buah pinggang berfungsi untuk menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan. Jika anda mengalami kencing berdarah, anda berkemungkinan menghidapi penyakit buah pinggang. Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Jangan melengahkan kerana pencegahan awal penyakit buah pinggang dapat membantu anda menjalani kehidupan yang lebih berkualiti. #MyBuahPinggang...

February 21, 2022
https://mybuahpinggang.com/wp-content/uploads/2022/03/274540853_1136281140514828_5673043851019878164_n.png

Jika anda seorang perokok, kemungkinan besar saluran darah anda telah terjejas dengan kesan nikotin dari aktiviti merokok. Fungsi buah pinggang boleh terjejas akibat kesan ini. Membuang tabiat merokok bukan senang, tetapi diperlukan jika anda tidak mahu menjejaskan kesihatan buah pingggang anda. #MyBuahPinggang #BerhentiMerokok #CaknaPenyakitBuahPinggang #CaknaMembawaSejahtera